Thursday, January 27, 2011

Pelancaran FbP

Facebook: Agensi Blogger FbP yang dianggotai oleh sekumpulan penulis blog telah dilancarkan pada hari ini. FbP (Facebook Personality) yang berpusat di Sabah itu dilancarkan bertujuan untuk mencari personaliti-personaliti Facebook yang layak ditonjolkan sebagai personaliti Facebook pada sebarang masa ke dalam blog FbP di http://facebookpersonality.blogspot.com/.

Pada masa ini, agensi FbP telah membuat satu profile facebook bernama Wartawan Agensi untuk menjadi wakil rasmi agensi tersebut di dunia Facebook. Wartawan Agensi (personification, anonymous) telah online secara rasminya di facebook berkuatkuasa pada 27/1/2011.

Gambar: Ikon untuk profil rasmi Wartawan Agensi










Orang ramai yang berminat untuk mencalonkan rakan mereka sebagai personaliti Facebook boleh berbuat demikian dengan cara berhubung terus dengan Wartawan Agensi di Facebook. Pencalon yang ingin mencalonkan rakan mereka hanya dikehendaki menyediakan sedikit maklumat asas mengenai rakan mereka, dan sebab yang dirasakan munasabah untuk menonjolkan rakan mereka sebagai personaliti Facebook.

Profil facebook yang menarik akan dimuatkan FbP ke dalam http://facebookpersonality.blogspot.com/ berserta ulasan FbP. - Reporter

SUMANDAK SABAH OLUMIS KOPIO

SUMANDAK SABAH OLUMIS KOPIO

Nama: Sumandak Sabah Olumis Kopio (Facebook Page)
Umur: N/A
Asal: Sabah, Malaysia
Bahasa: Kadazan, Dusun, Melayu, English.





Facebook: Sumandak Sabah Olumis Kopio (SSOK) dipilih sebagai personaliti facebook pertama oleh agensi blogger FbP untuk tahun 2011. SSOK yang merupakan sebuah Facebook Page yang berindentitikan wanita Sabah mempunyai seramai 3488 likes setakat artikel ini ditulis.

Ketika dihubungi agensi blogger FbP, admin SSOK yang enggan mendedahkan indentiti mengatakan bahawa page tersebut ditadbir urus oleh sekurang-kurangnya 8 orang pengguna Fb yang terdiri daripada wanita-wanita (sumandak) Sabah, dan seorang lelaki yang identiti mayanya masih menjadi misteri kepada admin SSOK lain sehingga ke hari ini.

Matlamat utama pewujudan SSOK adalah untuk menjadi satu medan pertemuan untuk pemuda dan pemudi Sabah berkongsikan minat yang sama, terutamnya dari segi kebudayaan dan adat resam Sumandak Sabah. "Jika anda masuk ke dalam page tersebut, anda mungkin tidak melihat banyak interaksi di kalangan pengguna kerana kebanyakan mereka berinteraksi melalui Fb Chat dan seterusnya berkenalan di luar internet" Kata jurucakap SSOK.

Terdapat banyak pengguna facebook melayari page tersebut untuk mencari kenalan "Sumandak Sabah". Sumandak Sabah terkenal dengan kecantikan dan keunikan budaya mereka. Selain daripada sifat peramah, mereka juga mempunyai personaliti yang unik dan menarik. - FbP.